Sunday, 13 May 2012

Mother's Day

Assalamualaikum.

Mother' Day? Mother's pon ada day ek? But, i think everyday is our mother's day . Cukup . Broken english ! Fail . Bila lah aku nak pandai English ni. Anyway, selama ni hanya aku dan mak aku yang wujud dalam rumah . Walaupun dua orang, tapi serius ! Aku tak pernah rase rumah aku sunyi. Kadang-kadang kitorang bergurau tahap Extreme HardcoRe , kadang-kadang berborak gelak-gelak macam ada sepuluh orang dalam rumah. Tapi kadang-kadang kitorang bergaduh. kadang-kadang kecoh siap ade bunyi aku meraung (menangis kuat-kuat sebab merajuk dengan mak aku). Cume senyap bila mak aku merajuk dengan aku atau pun kitorang tido. Cuma yang aku terharunya, tak pernah sangka dengan kehadiran saudara mara aku boleh membuatkan hidup aku seperti satu keluarga yang besar. Alhamdulillah. 

Tapi, pada 12 Mei hari tu, aku memang rase happy sangat sebab sepupu aku  plan nak buat gathering untuk sambut Mother's Day dengan buat collection sorang sikit. Memang meriah kot hari tu. Ada laksa, nasi impit dengan kuah kacang, rendang ayam, sup tulang, sum-sum dan paling special adalah Kek Red Velvet dan Kek Rainbow yang  memang best !! 

 Red Velvet
 Rainbow Cake
 Laksa Busu yang KAW ! nasi impit + Kuah Kacang mak aku yang OHSEM, 
Sup tulang, rendang ayam dll
 yummmyyy

 abaikan paha sepupu aku itu !

memang terbaik, kitorang buat potluck, dan makan tanpa henti hari tu. Tambah pulak dengan kehadiran dan teletah anak buah aku yang sangat comel macam makcik-makcik dia yang gojes. (ada kene mengena ke ?) 

Untuk gift plak, sepupu aku yang pramugari belikan beg harrod yang dibeli masa dia ke London. Beg ni, aku pernah tengok fatin liyana yang ohsem tu pakai mase pergi trip ke Singapore . Murah je gift kitorang, jadi lah kan. collection pon bukan banyak.




 ciuman daripada nek busu 
 mak aku yang cantik 

hihi, aqa mengintai. comel sungguh anak buah aku yang sorang ni


So, baru aku sedar. sebenarnya hidup aku tidaklah sesunyi mana. aku ada family / saudara yang sporting, ohsem, gojes dan terbaik. yang kita boleh sharing kegembiraan, kesedihan dan sebagainya. I love all of them   dan paling aku sayang adalah mak aku . dia yang sabar dengan kerenah aku yang degil , kuat melawan ni. Beruntung sungguh aku dengan adanya mereka dalam hati aku. Dan tak sabar sangat nak tunggu anak buah aku lagi sorang yang akan keluar dalam  bulan Jun or Julai ni. I love all of you !!



p/s : actually aku baru tahu Mother's Day ni tak leh sambut. sebab itu adalah sambutan hari kristian . so, mungkin ini la last kot buat. hehe. pehni tak mau buat ah. 




Read more...

Monday, 30 April 2012

Aku nak jugak..

Assalamualaikum.

Peeps ! . Baru sahaja selesai baca blog Ami Schaheera , She's gojes man . I'll tell you . =p
And thanks a lot to her sebab aku dah jumpa nama warna kegemaran aku : Blue Flamingo . Memang aku tersangat lah suka . Tambah lak warna turquoise (aku still tak ingat macam mana nak eja) . Memang DAEBAK ! . Cantik sangat. Lembut sangat colour dia . 

Ahad  baru-baru ni pergi tengok wayang dengan Izwan kat Alamanda. Bajet datang nak tengok The Avengers . Tapi bila sampai je kat kaunter tiket, HAH. beratur panjang KAU . Aku tak pasti lah mereka2 yang beratur tu nak tengok cerita apa. Mungkin sama niat kot dengan kitorang. Lepas tu, mamat tu mula lah membebel kata kenapa tak book online lah, kalau lah  kita datang awal pukul 8.oo lah. Aku pon terlupa cerita tu baru keluar kan. Mesti lah ramai. INGAT KITORANG BERDUA JE KE NAK TENGOK ? ye tak . =p

untong lah sape yang dapat tengok :(

So, setelah berfikir. kitorang bercadang nak tengok BATTLESHIP. Aku memang dah lama nak tengok. Tapi tak ada kesempatan. Maklumlah. mamat tu asyik OT je .Itu pun seat dah penuh. Tinggal yang depan dengan tepi. Last-last ambil seat yang tepi. Itu yang paling teratas. Tapi memang tak rugilah tengok. Best sangat, Tengok rihanna dalam tu memang COOL . Tak terbayang langsung dia adalah seorang penyanyi yang menyanyikan lagu "under my umbrella ella ella eh eh eh.." 

orang sebok dengan the avenger aku sebok cite pasal battleship :(
tak kelas langsung lah kau ni NOKK. oLSkul taww.

Memandangkan hari ini adalah Isnin, so, hari ini aku bekerja seperti biasa. Begitu banyak dugaan yang datang. Tapi aku cuba hadapi nya dengan tenang. Alhamdulillah. setakat ini tiada lagi masalah yang serius. Dan banyak sangat yang dapat aku pelajari dan akan dipelajari. Segala puji bagi ALLAH. Pengalaman yang bukan senang orang nak bagi, masa ni lah yang aku harus gunakan. Walaupun aku dilanda dengan kesedihan, kegeraman, kekeliruan, kemarahan,  tapi aku pejam mata aku dan lalui nya dengan perlahan-lahan. Mesti ada hikmahnya.

Tetapi, ada sesuatu yang menggetarkan hati aku.Tambah-tambah bila kawan opis aku beli Samsung Galaxy Note. Mak aih. Semua dah pakai samsung, Aku nak jugaaaaak . Walaupon dalam bank ada suku je daripada harga handphone tu. Nak beli Note tu mungkin aku tak mampu lah. Apatah lagi Iphone. Yang paling mahal pon mungkin aku dapat beli Galaxy SII.




Aku pernah survey, paling murah yang aku pernah dengar RM 1599. Kalau pergi kat SAMSUNG , RM 1699. Arghh. berapa lama lagi harus aku tunggu. Walaupon Maria Elena dah bagi saving tips  (caranya sama macam yang aku buat. just aku tak de saving for traveling), aku rasa tempoh untuk aku dapatkan handphone ini lama lagi. Sabar . Orang sabar banyak ganjarannya. Ye tak ? hehe . Aku nak pakai ANDROID jugaaak. Doakan aku ye. Aminn.

=p 




Read more...