Sunday, 13 May 2012

Mother's Day

Assalamualaikum.

Mother' Day? Mother's pon ada day ek? But, i think everyday is our mother's day . Cukup . Broken english ! Fail . Bila lah aku nak pandai English ni. Anyway, selama ni hanya aku dan mak aku yang wujud dalam rumah . Walaupun dua orang, tapi serius ! Aku tak pernah rase rumah aku sunyi. Kadang-kadang kitorang bergurau tahap Extreme HardcoRe , kadang-kadang berborak gelak-gelak macam ada sepuluh orang dalam rumah. Tapi kadang-kadang kitorang bergaduh. kadang-kadang kecoh siap ade bunyi aku meraung (menangis kuat-kuat sebab merajuk dengan mak aku). Cume senyap bila mak aku merajuk dengan aku atau pun kitorang tido. Cuma yang aku terharunya, tak pernah sangka dengan kehadiran saudara mara aku boleh membuatkan hidup aku seperti satu keluarga yang besar. Alhamdulillah. 

Tapi, pada 12 Mei hari tu, aku memang rase happy sangat sebab sepupu aku  plan nak buat gathering untuk sambut Mother's Day dengan buat collection sorang sikit. Memang meriah kot hari tu. Ada laksa, nasi impit dengan kuah kacang, rendang ayam, sup tulang, sum-sum dan paling special adalah Kek Red Velvet dan Kek Rainbow yang  memang best !! 

 Red Velvet
 Rainbow Cake
 Laksa Busu yang KAW ! nasi impit + Kuah Kacang mak aku yang OHSEM, 
Sup tulang, rendang ayam dll
 yummmyyy

 abaikan paha sepupu aku itu !

memang terbaik, kitorang buat potluck, dan makan tanpa henti hari tu. Tambah pulak dengan kehadiran dan teletah anak buah aku yang sangat comel macam makcik-makcik dia yang gojes. (ada kene mengena ke ?) 

Untuk gift plak, sepupu aku yang pramugari belikan beg harrod yang dibeli masa dia ke London. Beg ni, aku pernah tengok fatin liyana yang ohsem tu pakai mase pergi trip ke Singapore . Murah je gift kitorang, jadi lah kan. collection pon bukan banyak.




 ciuman daripada nek busu 
 mak aku yang cantik 

hihi, aqa mengintai. comel sungguh anak buah aku yang sorang ni


So, baru aku sedar. sebenarnya hidup aku tidaklah sesunyi mana. aku ada family / saudara yang sporting, ohsem, gojes dan terbaik. yang kita boleh sharing kegembiraan, kesedihan dan sebagainya. I love all of them   dan paling aku sayang adalah mak aku . dia yang sabar dengan kerenah aku yang degil , kuat melawan ni. Beruntung sungguh aku dengan adanya mereka dalam hati aku. Dan tak sabar sangat nak tunggu anak buah aku lagi sorang yang akan keluar dalam  bulan Jun or Julai ni. I love all of you !!



p/s : actually aku baru tahu Mother's Day ni tak leh sambut. sebab itu adalah sambutan hari kristian . so, mungkin ini la last kot buat. hehe. pehni tak mau buat ah. 




Read more...

Monday, 30 April 2012

Aku nak jugak..

Assalamualaikum.

Peeps ! . Baru sahaja selesai baca blog Ami Schaheera , She's gojes man . I'll tell you . =p
And thanks a lot to her sebab aku dah jumpa nama warna kegemaran aku : Blue Flamingo . Memang aku tersangat lah suka . Tambah lak warna turquoise (aku still tak ingat macam mana nak eja) . Memang DAEBAK ! . Cantik sangat. Lembut sangat colour dia . 

Ahad  baru-baru ni pergi tengok wayang dengan Izwan kat Alamanda. Bajet datang nak tengok The Avengers . Tapi bila sampai je kat kaunter tiket, HAH. beratur panjang KAU . Aku tak pasti lah mereka2 yang beratur tu nak tengok cerita apa. Mungkin sama niat kot dengan kitorang. Lepas tu, mamat tu mula lah membebel kata kenapa tak book online lah, kalau lah  kita datang awal pukul 8.oo lah. Aku pon terlupa cerita tu baru keluar kan. Mesti lah ramai. INGAT KITORANG BERDUA JE KE NAK TENGOK ? ye tak . =p

untong lah sape yang dapat tengok :(

So, setelah berfikir. kitorang bercadang nak tengok BATTLESHIP. Aku memang dah lama nak tengok. Tapi tak ada kesempatan. Maklumlah. mamat tu asyik OT je .Itu pun seat dah penuh. Tinggal yang depan dengan tepi. Last-last ambil seat yang tepi. Itu yang paling teratas. Tapi memang tak rugilah tengok. Best sangat, Tengok rihanna dalam tu memang COOL . Tak terbayang langsung dia adalah seorang penyanyi yang menyanyikan lagu "under my umbrella ella ella eh eh eh.." 

orang sebok dengan the avenger aku sebok cite pasal battleship :(
tak kelas langsung lah kau ni NOKK. oLSkul taww.

Memandangkan hari ini adalah Isnin, so, hari ini aku bekerja seperti biasa. Begitu banyak dugaan yang datang. Tapi aku cuba hadapi nya dengan tenang. Alhamdulillah. setakat ini tiada lagi masalah yang serius. Dan banyak sangat yang dapat aku pelajari dan akan dipelajari. Segala puji bagi ALLAH. Pengalaman yang bukan senang orang nak bagi, masa ni lah yang aku harus gunakan. Walaupun aku dilanda dengan kesedihan, kegeraman, kekeliruan, kemarahan,  tapi aku pejam mata aku dan lalui nya dengan perlahan-lahan. Mesti ada hikmahnya.

Tetapi, ada sesuatu yang menggetarkan hati aku.Tambah-tambah bila kawan opis aku beli Samsung Galaxy Note. Mak aih. Semua dah pakai samsung, Aku nak jugaaaaak . Walaupon dalam bank ada suku je daripada harga handphone tu. Nak beli Note tu mungkin aku tak mampu lah. Apatah lagi Iphone. Yang paling mahal pon mungkin aku dapat beli Galaxy SII.




Aku pernah survey, paling murah yang aku pernah dengar RM 1599. Kalau pergi kat SAMSUNG , RM 1699. Arghh. berapa lama lagi harus aku tunggu. Walaupon Maria Elena dah bagi saving tips  (caranya sama macam yang aku buat. just aku tak de saving for traveling), aku rasa tempoh untuk aku dapatkan handphone ini lama lagi. Sabar . Orang sabar banyak ganjarannya. Ye tak ? hehe . Aku nak pakai ANDROID jugaaak. Doakan aku ye. Aminn.

=p 




Read more...

Friday, 20 April 2012

Hypophrenia

Assalamualaikum .

Sejak kebelakangan ni, aku kerap membazirkan air mata aku. Aku pun tak tahu apa yang melanda diri aku sebenarnya. Tiba-tiba aku menjadi seorang yang sangat lembik . Kuat nangis . WHY? . Aku sendiri tak sure . Ataupun aku mengalami masalah HYPOPHRENIA ? Apakah itu ? Blue hippo ke ? Bukan. Bukan. Bukan. Ia adalah :-



Sedih tak bersebab ke aku ni? Entah. 18hb April 2012 adalah tarikh yang paling spoil . Pagi-pagi aku mengHADAP jem selama 2 jam. Aku bertolak dalam pukul 6.00 pagi . Sampai office dekat pukul 8 pagi. Nasib baik kereta aku auto. Itu pon dah lenguh-lenguh kaki lagi. Daripada muka pucat tak make up sampai boleh timbul gincu, eyeliner semua lah .  Aku siap telefon kawan-kawan aku lagi tanya kenapa jem teruk sangat. Rupa-rupanya ada accident. Okay fine.

Sampai ofis , macam  biasa, say hye dekat jiran sebelah. terasa dahaga, pergi beli air. Terserempak dengan besfren aku. Tapi dia macam lari-lari pulak dengan aku. Selalu bergurau senda . Hari sebelum tu pulak dia layan aku acuh tak acuh. Aku ada buat salah ke ? So, aku message dia : Sombong Skang . Ooo.
Tapi .. lain pulak jadinya.

Katanya dia tak boleh kawan aku lagi. Sebab nya peribadi untuk diceritakan di sini. Let it be as secret. Bayangkan. Kawan baik selama 4 tahun, berkongsi masalah, selalu bergurau. Tiba-tiba tak mahu kawan lagi. Memang sedih la kot. Selama ni, dia la banyak mengajar aku pasal sikap manusia, kehidupan, pengalaman hidup. Dia lah tempat aku bergantung kalau ada masalah. Memang aku terasa sangat kehilangan dia. Memang aku akui. aku sayang sangat dengan persahabatan ni. Tapi, mungkin betul. Dah tiba masanya dia lepaskan aku dengan kehidupan yang sebanar. Aku tak boleh lagi bergantung dengan dia. Sampai bila?



Tapi kehilangan dia tu memang sangat dirasai. Sepanjang aku berkawan, aku tak pernah rase sesedih ni. Mungkin macam yang aku cakap. Aku sayangkan persahabatan ni. Tapi aku hormat dan akur dengan permintaan dia. Untuk membersihkan namaaku dan dia. Mungkin ada hikmahnya. Aku yakin.



Aku akan cuba sedaya upaya menceriakan hati untuk beberapa minggu ni. Walaupun, aku terasa lagi kehilangan dia. Aku akan sentiasa tersenyum  dan berlakon seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Insyaallah. Aku boleh lalui semua ni. 

Aku doakan segala kebaikan yang dia dah buat akan dibalas oleh Allah. Aminn. 

p/s : berdebar rasa nak tanggung kerja cc minggu depan. HWAITING !
      : Alhamdulillah, ujian KPSL ditangguhkan.



















Read more...

Sunday, 15 April 2012

Happy Belated Birthday You ~

Assalamualaikum.

Wuah. seronok plak baca blog Fatin Liyana pasal entry ke Korea. Pergh . Sebagai peminat KPOP , memang aku teruja sangat baca entry dia. Untung lah dia dapat menapak ke sana.  Aku ni tak tahu lagi la bila dapat tercapai. Mesti seronok kalau dapat jumpe  Running Man and The Gangs , Big Bang, Lee Hong Ki, 2AM , Lee Hyori . Dapat jumpa pon dalam tv je lah. Kalo nak lagi real, beli tv 3D . Itu pun belum tentu mampu aku beli . Insyaallah. Kalau ada rezeki .

Anyway, aku ada tempah bantal you olls. Bukan bantal biasa . Aku tempah dekat kawan ofis aku : blog dia --> Eenaartcorner . Nak bagi hadiah la dekat Mohd Izwan . Birthday dia hari tu aku macam tak tahu nak bagi apa. Aku belanja dia makan je. Tapi, bila aku tengok blog kawan aku ni, tercetus lah idea aku dengan secara tiba-tiba .

Mohd Izwan ni adalah peminat tegar + fanatik terlampau Arsenal. Perangai dia memang sukar untuk dibendung sehingga melampaui batas kesabaran aku . So, aku fikir, aku nak bagi la bantal yang berlatarkan Arsenal . Mula-mula aku meragui kemampuan kawan aku ni . Takut lah permintaan aku ni melampaui batas . Akhirnya ini lah hasilnya :-


Mungkin ramai ingat arsenal ni jersi warne merah dan putih sahaja. Actually ade dua warne ye you olls :- 



So, aku amik warne yang kiri tu . Macam smart sikit . Memang aku tabik la kat Kak Ina . Cayalah . Logo ni pon logo yang terbaru . Logo lama dia bentuk lain. See ? Aku pun dah pandai pasal Arsenal ni. Mohd Izwan lah yang banyak mengajar aku . Aku tak minat pon dia tonyoh2 jugak ilmu Arsenal dia dalam kepala aku. Dasyat sungguh dia.

Mohd Izwan ni plak jenis banyak komplen. (sorry you ..) Aku risau jugak la dengan dia. Kalau aku bagi, dia banyak komplen memang merajuk + menangis lah. Tapi nasib baik lah dia tersengih macam kambing gurun . (sory again ...)


-kebetulan pakai jersi arsenal-


Anyway, thanks again Kak Ina. Nanti i tempah lagi tau you .  Tunggu baby boy keluar dari perut Cousin I eh . Esok aku jadi tray girl untuk Majlis APEL.

Ape itu APEL ? 



Maksudnya, kalau kita ni hanya ada kelayakan SPM, itu tidak bermakna tahap kita akan sampai ke situ sahaja, Dengan wujudnya APEL ini, semua orang boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Aku pun tidak beberapa faham lagi. APEL pon baru sahaja dilancarkan. Mungkin akan keluar dalam news atau dalam berita kut esuk. (hope nampak lah muka aku sikit)



Takpe. Nanti kalau aku dah faham aku explain lagi ya. Aku ni baru jadi tray girl atas pentas. Tapi excited terlebih . Lagak dan gaya mengalahkan penerima APEL esok. Haha. Who care's ? Tapi tak silap aku, diorang tukar tray tu jadi troli. Omaga ! Bukan tray girl dah la macam tu. Troli girl lah. Dan harapan aku untuk muncul dalam newspaper dan tv amatlah tipis memndangkan aku hanya lah di pinggiran. Its ok. First experience jadi tray girl u ollss .


aku pakai sekejap je kasut ni  tadi dah penat. Macam mana la esok ?


Aku pon tak tahu kenapa aku sangat teruja . Mungkin pengalaman pertama aku dilantik . Walaupon berperanan kecil di atas pentas, tapi excited nya MasyaAllah. Malu ibu yang melahirkan aku tengok perangai aku.

sedikit sebanyak kepoyoan dan kegedikan aku :-


Gedik sungguh. Of kos !

KBAI .

















Read more...

Friday, 6 April 2012

Praise Be To ALLAH

Assalamualaikum .


Alhamdulillah kerajaan telah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 13 % . Bagi aku, memang dah mencukupi dah sangat-sangat . Inshaallah. Kalau tiada aral melintang, gaji akan dinaikkan pada bulan April ini. Ameen.  
Muka ceria gaji naik

Walaubagaimanapun, pada hari gaji nanti , aku akan mula menjalankan tugas sebagai Penyelia Pembantu Tadbir. Aku bukan dinaikkan pangkat, tapi aku menanggung kerja memandangkan cc cuti bersalin. Mohon dipermudahkan segala urusan. Begitu juga dengan orang yang akan melahirkan salah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W pada hari tersebut. Inshaallah .

Mungkin rezeki untuk aku. Aku tanggung kerja setelah kenaikan gaji. Agak berbaloi jugak la dengan gaji untuk 3 bulan nanti.  Alhamdulillah . Syukur sangat . Masa mula-mula aku diamanahkan untuk menanggung kerja, tak terlintas langsung pasal berapa gaji akan aku dapat. Yang aku risaukan, dapat ke aku lakukan tanggungjawab dan kepercayaan dalam melakukan tugas yang tak pernah aku buat sebelum ni.

Tapi setelah tunjuk ajar, aku yakin sikit . Cuma yang aku risaukan, rombakan bahagian yang akan berlaku, mungkin akan menyebabkan aku agak kelam kabut. Dengan perpindahan ke tingkat lain, Peperiksaan KPSL (aku baru baca suku je ni buku Undang-Undang) . Mungkin aku terlupa nak melakukan sesuatu ke. Kedatangan ? Atau apa-apa lagi . Memang aku risau. Kalau cc risau bile dia nak meletup, aku risau dengan tanggungjawab yang harus dipikul.

Aku berdoa semoga aku dan cc dipermudahkan segala urusan. Ameen .

Alhamdulillah. Praise be to Allah.

p/s : Hope aku dapat beli handphone Samsung Galaxy SII dan lulus periksa Undang-Undang Umum .\





Read more...

Monday, 26 March 2012

Beli Hadiah - IKEA

Assalamualaikum.

Hari sabtu hari tu aku berkesempatan pergi ke IKEA, Damansara untuk berjalan-jalan dengan family aku. Actually, mase tu baru je gaji. Then, memang niat untuk cari hadiah untuk my boss - Puan Hanimasra. Dah la mase kenduri dulu aku tak pegi. Lagipon mase tu bz lagi dengan banjir. Rumah pon tak sepenuhnya abih dibersihkan. So, aku decide la nak gi cari hadiah. Aku pening pale gaks la mule-mule tu. Ingat nak beli Vase . Kunun mule-mule nak survey kat Metropoint. Tapi, dah Makcik aku ajak gi IKEA ape lagi la kan. Peluang la kawan !

Aku plak dah lame tak gi IKEA. Jalan pon ingat-ingat lupa. Rupenye IKEA tengah sale !



Hehe. Sampai je parking plak full. Pusing la kat lain. Punye la banyak gile kereta. Nak cari parking satu hal lagi. Nampak orang jinjing beg plastik, cepat-cepat follow. Tapi terlepas jugak. Hurm. Lastly, dapat jugak parking nye. Sampai dua lagi kosong . Pilih lah yang mane pons. 

Masuk-masuk je trus gi makan la. Aku order meatball . Lame dah tak makan. Las aku pergi zaman tok kadok . Mase 2009 kot tak silap. Order satu hal. Meja kosong nak makan plak tak de. Punye la padat dengan manusia. (Awek cun ramai kot). Terase plak aku macam selekeh kat situ. Bese lah . Budak2 kl. moden kan. kalo aku pakai sexy2, dye rambut , mekap tebal, pakai contact lens pon aku jadi cantek cem dorang gaks an. (ayat jeles. cemni lah). 

So, pas makan, aku jalan punye jalan nampak la satu table lamp ni. Macam sesuai je nak bagi hadiah. Cantek, harga pon okey, so, tanpa berfikir panjang aku pon ambik le. Masuk dalam beg kuning IKEA tu. bergolek-golek la lamp tu dalam plastik tu.


KNUBBIG TABLE LAMP IKEA


Cantek lah. Lega aku . Mak aku plak shoping banyak gile. Cawan pelbagai warne, mangkuk pelbagai warna, tong sampah, sampai carpet pon dibelinye. MasyaALLAH  ! Penuh troli IKEA tu. Dah alang-alang tu aku selitlah barang kesukaan aku. Aku suke tengok n shopping lilin/candle yang ade bau-bauan tu. Aku suke bau ala-ala vanilla+cream . Memang shoping habes la mak aku kat sane.

IKEA tu plak kan bersambung dengan The Curve. Ape lagi, sepupu aku bawak la gi DAISO. Shoping lagi. Mak aku tu dah le berabeh duit kat IKEA. Di sambungnya shopiing kat DAISO tu. Beli penyapu la . pasu bunga la hiasan la.macam-macam. aku plak beli stokin ngan sarung tangan yg cumel tu. Tapi barang-barang kat situ memang comel la. Memang rase tak cukup tangan je.

Pergi pukul 3.00 petang, balik dekat pukul 8.00 malam. Kaki pon macam rase nak patah . Drive balik jalan jem pulak, Letih wooo. Esoknya aku gi cari pembalut hadiah. Bajet macam pandai la nak balut sendiri hadiah . Lastly, jadi macam ni :-



HUDUHNYE . MALU AKU NAK BAGI. Dah la comot. dah komot-komot dah pembalut dia. Asek bukak balut bukak balut.  Tu yang aku cover guna ribbon tu.

Tapi percaya lah bos . Ikhlas dari hati saya.. Tak tipu..

p/s : lepas ni aku suruh orang kedai je wrap kan. Tak hingin aku balut lagi.
       : kalo nak cari hadiah , tahu dah la nak cari kat mane pasni. ngee ~
       : kunun nak letak gambar aku gi sane. Puas aku cari kat folder mane aku letak, Tak jumpe plak.

Bye Peeps .




Read more...

Monday, 19 March 2012

Flood or Float ?

Assalamualaikum PeepS !

Lame betol aku tak update blog. Bizi sikit sejak kebelakangan ni. Al-maklumlah berkhidmat untuk Kerajaan. Cewaaah ! Kalah askar wataniah u . Aku sibuk buat preparation untuk lawatan bos, Bowling lagi. Nak kene blaja keje cc lagi. Hope aku dapat laksanakan tugas yang akan diamanahkan kepada aku dengan sebaiknya. Aminn.  Setakat ni aku baru belajar sikit. Booking pon tak banyak lagi buat. Banyak yang aku pelajari. Well, Dunia kan ? Siapa sangka orang yang pernah marah aku sampai menangis bawah meja boleh percayakan aku untuk tanggung tugas dia ? haaa. Biase lah . Mesti ada pahit kalo nak ada kemajuan dalam hidup. Right ?? 

Anyway, tajuk aku sekarang macam tak ade kaitan je dengan kisah tadik. Fine . Kenapa aku mesti merepek bila permulaan entry? Tajuk lain, cerita lain . Malu kat orang . Okeyh. Enaf . 

Pada 07 Mac 2012 , telah berlaku nya banjir di Hulu Langat . Ya. Aku tinggal di situ. Sebelum ni pon pernah je banjir. Tapi tak lah teruk macam ni. Aku pon tak pasti ape punca nya. Ade orang kata, puncanya bila dorang lepaskan air  dem . Sebelum ni pon dorang lepaskan je. Tapi dulu punca nya dah diatasi. Dorang dalamkan sungai yang berhampiran. So, okay dah la. Then, suatu hari tu. aku balik kerja macam biase. Aku balik je , makan, mandi, sembahyang, rilex atas katil, main game kat handphone yang tak berape nak canggih. Sembahyang maghrib, aku gosok baju. Rilex dan zzzz. Tertido sebenarnya . Penat sangat aku rase mase tu. Hujan lebat plak. Memang bes lah kawan !

Then, tibe-tibe aku dengar makcik aku panggil name mak aku.  Aku terbangun. Die suruh aku alihkan kereta . Katenye air kat jambatan dah penuh. Takut tak sempat nak alih kalau banjir. So, sebelum ni pon pernah je macam tu. Naseb bek la ade port baik kat depan. Aku pon tukar baju, start keta . tapi bile sampai je kat jambatan, aku dah tak nampak dah JAMBATAN ! PENUH NGAN AIR JE ! dulu pakcik wan teman aku tolong seberangkan kereta. Masalahnya sekarang aku sorang je ade kat situ. Aku taawakal.. Vroomm ! Aku agak-agak jelah LEBAR jambatan. Okayh, Selamat kereta aku. Aku park kereta and nak balik  rumah aku. On da way jalan kaki, ALAMAK. CEMNE AKU NAK SEBERANG JAMBATAN NI ? air punya lah deras . Aku dah la tak pandai berenang. Actually bukan lah jambatan pon. kira macam titi lah. Tapi titi tu macam usang je bunyi, so aku panggil je la jambatan. naseb baek la makcik aku nampak aku tengah blur je depan jambatan tu, dia datang tolong la seberangkan aku. DERAS KOT AIR DIE.

Balik rumah, aku rilex lagi. Sebab aku tak bajet la rumah masuk air, sebelum ni payah gak la rumah aku nak masuk air. So, aku main mesej, maen game, nyanyi-nyanyi. Mak aku pulak meleter astro tak de gambar. HAIYAA. IBU MEMANG LA TAK ADE GAMBAR. HUJAN KAN ? Mak aku pon tengok la lebat sangat hujan kat luar? tapi yang mak aku nampak air kat blakang rumah dah tinggi . Mak aku pon risau lah jugak . Takut masuk dalam rumah. Aku plak dengan tenang nya cakap : IBU, TAK MASUK PUNYE LAH. BIASE LA KAN SEBELUM NI MANE ADE MASUK. Tapi mak aku suruh gak la aku prepare naikkan barang takut air masuk.

Kitorang sendal kain kat setiap pintu, kunun nak halang air lambat masuk la. Kain baju, buku-buku, suma-suma lah aku campak atas katil. Dalam pukul 8 .30 mcam tu, mak aku tengok air makin tinggi, mak aku pon pelik, katenye sebelum ni tak de lah tinggi macam tu. Tapi rumah sebelah aku memang dah masuk air dah la. Sendal punya sendal, kain yang diseendal tu pon dah basah. Aku plak roger kat area lain. Mak aku siap perah . HAHAHAHA. yang lawaknya, tibe-tibe muncul air ntah dari mane kat dapur. Aku pon pelik la. Rupenye air dari bilik air. Haa. ape lagi, air tu tolak la kain-kain yang disendal kat pintu tu. Tawakal je lah. So, kitorang relakan je lah air tu membasahi setiap ruang di rumah kitorang. Ibu mintak orang sebelah angkatkan peti ais. Riso terendam. Tibe-tibe shot pulak letrik. Dah gelap sekejap rumah aku. Laki tu tengok, satu suis tu shot. Seb bek suis lain okay. Macam-macam. So, aku pon merayap la kat rumah makcik aku. Time tu kat luar rumah aku dah tinggi lutut.

Busu aku berdiri depan rumah aku. tengok. Paras lutut busu aku tue

tepi rumah aku

kawasan rumah orang lain

rumah aku sampai buku lali


Naseb baek la rumah aku naik sampai buku lali. tak macam rumah busu aku, sampai lutut, rumah orang lain sampai paha, pinggang, dada. Tibe-tibe aku teringat kat pakcik aku kat Sg. Serai. Rumah dia kalau sini banjir, sane konfom banjir. Dia tinggal kat rumah arwah atuk aku. tapi Nenek and  atuk aku dah meninggal, dia tinggal la sorang. Aku tepon, rupenye rumah die pon dah masuk air. Dapur paras dada dah pon. Kesian dia. Sorang-sorang. Pakcik aku yang lain tersekat . Polis tak bagi lalu. Kereta tak lepas pon kalau lalu.

So, antara suasana di sekitar rumah pakcik aku @ kampung aku yang di ambil dari http://darulehsantoday.blogspot.com :





yang cokelat kuning tu dah rumah arwah atuk aku

pakcik aku tak pakai baju ? Maluuu 

Gambar-gambar tu diambil hari pagi berikutnya, Tak surut lagi tu. So, ape yang aku boleh cakap, memang teruk la banjir kali ni. Dan Alhamdulillah tak ade satu barang pon yang rosak dalam rumah aku tu. 

Esoknya aku pergi balai polis untuk mintak cuti bencana alam :-




Sedikit tazkirah untuk menginsafkan diri :-




wassalam .



Read more...

Thursday, 23 February 2012

Bila nak naik gaji ni ?

Assalamualaikum.

Hye Peeps ! baru-baru ni penjawat awam digembar-gemburkan dengan cerita pasal pertukaran  Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) . aku pon bukan familiar sangat dengan SSM ni. aku dapat kerja je aku bukan kesah pon dengan sistem SSM ke M&M ke apa2 yang M lah . Maklumlah masa tu umur aku baru 19 tahun. tapi sejak 2 tahun lepas baru lah aku ada dengar pasal SSM ni. tiba-tiba lak aku dengar nak tukar kepada SBPA . Yang aku paling jelas sekali of kos lah pasal GAJI. Kenaikan GAJI . terus buntang bijik mata aku . Tapi aku dengar ramai penjawat awam yang tidak berpuas hati. katanya gaji orang yang berjawatan tinggi naik mendadak-dadak, bagi orang yang berjawatan seperti aku ni katanya naik sikit. Hmm. kalau kite tengok memang lah. mase aku mula-mula dengar taklimat SBPA tu pon aku macam tengok kenaikan gaji N17 memang sikit lah nak dibandingkan dengan orang yang berjawatan lebih tinggi daripada aku. Tapi disebabkan aku masih mentah dalam Perkhidmatan Awam ni, aku fikir waktu tu dapat naik gaji pon dah cukup okay lah. Tapi mungkin pandangan aku berbeza dengan orang lain . memandangkan aku masih bujang, tak ade tanggungan, tak cukup duit aku pinjam kat mak aku. kadang-kadang aku buat-buat terlupa nak bayar balik. kalau aku dah ade tanggungan, anak lima orang  berderet-deret , masing-masing nangis mintak susu, pampers lagi , nursery lagi, minyak keta, makan, barang dapur lagi mesti aku merungut jugak kan ?Tapi entry aku ni bukan nak kutuk  pasal SBPAatau SSM, cuma aku ada terbaca dekat http://cuepacs.blogspot.com . Tajuk nye : 

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 - RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54


Antara isi kandungannya adalah Cuepacs menuntut kerjaan memberi kenaikan gaji antara RM 700 hingga RM 2500 untuk Gred 1-54. Dan mereka minta kenaikan gaji tu dilaksanakan dahulu menerusi SSM yang sedia ada ni. Selain itu, Cuepacs juga minta agar mereka yang dah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Aras 4 sebelum Disember 2011 diberikan kenaikan gaji,  Yelah. betul jugak dorang bersusah payah study sungguh-sungguh sampai lulus, tapi habuan dia tak ade pon kan ? Cuepacs turut memberikan pandangan sekiranya tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA tu disalurkan kepada gred bawahan.

Aku rasa lah, niat cuepacs untuk membela nasib penjawat awam yang gred rendah macam aku ni sangat baik tapi mesti ramai gred yang berjawatan tinggi tak puas hati punya. Antara statement yang pernah aku terima : Memang patutlah kitorang punya gaji kene naik banyak. Kitorang ada Master, PHd penat2 kitorang study nak lah gaji naik banyak. Korang setakat SPM je okay sangat lah tu. Susah kan nak puaskan hati semua orang ? Ape-ape pon aku tak sabar sangat nak tunggu kenaikan gaji ni !

End.


Read more...

Monday, 13 February 2012

Kim Yuna

Assalamualaikum.

Hye readers  ! (Ada ke readers nyer ? macam syok sendiri je aku ni kann? ) wakakaka  . Anyway, takpelah. aku pon kira reader jugak la kan ? Aku tulis aku baca. Okay sangat la tue. Enaf !. Ari ni aku nak letak entry pasal korea.  

Aku pon tak tahu lah. dalam banyak-banyak culture, aku suke tengok korea . Addicted sangat ! Tapi tak Obses sangat lah sampai nak tiru cara diorang dress up ke ape ke lah kan. Tapi aku memang suke tengok artis korea, makanan korea, game show korea, bahasa korea, lagu korea  dll . Mungkin ramai yang agak JELIK dengan KPOP. Yelah KPOP ni tak bes la ape lah itu lah ini lah dan blablabla . Tapi nak wat cemne,  kalau korang minat hollywood ke bollywood ke , tak pe plak kan ? Dulu aku addicted skit dengan kim kardashian. Sampai hari-hari aku bukak blog die la cari gambar die la tgk tv show dia lah. Tapi tak tahu la . sejak layan game show korea (Running Man & Family Outing) ni , minat aku lebih ke situ. Anyway, i still love u kim !

oopps. jangan marah-marah kim !

Tapi aku memang suke tengok make up korea. dia agak nampak natural, tak terlalu tebal sangat. mungkin lah dorang sume pakai bedak+foundation+wateva berlapis-lapis. tapi bagi aku tetap nampak natural . dan of kos la aku paling suke tengok make-up tang mata tue. uuu . chantek2 . aku sangat suke. sebab muke aku ni bergantung pada eyeliner. kalau tak pakai, memang SEMBAP kot  ! Mak aku kate muke BENGKAK !  Auchh ! Bitter heart ! . 

Antara make up mata yang selalu menjadi tumpuan aku adalah  Jiyeon T-ARA, Kim Yuna, Sandara Park 2NE1 . Tapi kebanyakan nye aku try tak jadi sebijik pon macam mata dorang . =o  . 

Kali ni aku nak share video tutorial eyeliner inspired by Kim Yuna yang aku jumpa kat youtube. Siapakah Kim Yuna ? Die sangat chantek di mata aku. Dia adalah South Korea figure skater . Dia adalah juara Olimpik 2010, Juara Dunia 2009, dan sebagainya. Dan aku banyak kali tengok dia dalam tv. Nak kenal die lagi ? sila bace wikipedia lah.


Chantek kan die ! Make up mata die pon chantek. Suke sangat !


So, aku selitkan vidoe tutorial ni juz untuk share together gether lah. Hope you can enjoy this ! 




Ba bye u ollss !

Read more...

Monday, 6 February 2012

Saya Sayang نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎

Assalamualaikum.

Salam Mauliddur Rasul - 1433H .

Sempena Mauliddur Rasul ini Adalah sangat baik untuk kite mengenang kembali kisah -kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W iaitu pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah Rasulullah yakni pesuruh Allah bagi seluruh umat di dunia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda juga pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa A.S. 

Nama Penuh baginda adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Baginda dilahirkan pada Subuh Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi (Tahun Gajah). Baginda dilahirkan di rumah Abu Talib, iaitu di Makkah Al-Mukarramah. Bapanya adalah Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Manakala ibunya aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Thuwaibah dan Halimah bin Abu Zuaib As-Saadiah adalah ibu susu baginda. Baginda lahir dari keturunan Quraisy . Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim A.S.

Berikut adalah serba sedikit mengenai Biodata Nabi Muhammad S.A.W.  Kalau nak lebih lanjut, boleh baca di link berikut : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.

Berikut saya selitkan pesanan terakhir Rasulullah :- 



"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sayu baca.. betapa sayangnya Nabi Muhammad kepada umatnya kan ?  ya Allah. aku adalah manusia biasa yang tidak sempurna yang sentiasa melakukan dosa. Ampunilah dosa-dosa ku . Rahmatilah Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh umat Islam di dunia ini. Aminn.






Read more...

Tuesday, 24 January 2012

Jum Kongsi Fat Choyy !

Assalamualaikum .

Pergh dah lame tak update blog. Mase cuti raye cina ni la dapat update. Kalau tak, rase malas pulak nak update . Balek keje je kejar-kejar nak sembahyang Asar, mandi, makan. Malam nak gusuk baju then apalagi, mate pon mintalah untuk ditutup. So, aku malas pulak nak online and update blog .

Sepanjang cuti (sabtu-selasa) ni, aku kejenye makan. makan. makan . Orang cina sambut Gong Xi Fa Chai aku lak Kongsi Fat je. Perut aku start di isi dari hari sabtu lagi, pergi shoping barang dapur, spupu belikan plak donut big apple. 6 biji dibelinye. aku ni bukan lah peminat donut dan chocolate. aku adalah peminat vanilla dan david villa. wink ! tapi bile aku rase dalam banyak-banyak donut tu aku tertarik plak dengan  Tira Cinno Big Apple donut ni . Rase die perghh. aku pon tak tahu macam mane leh minat lak dengan rase die. Ouh. aku ni jarang beli donut dari Big Apple ni. selalu yang aku rase pon Dunkin Donut je. Tu pon kawan aku sebuk heret aku soh teman beli. 

walaupon wajahmu tidak menarik, tetapi rasemu sangat sedap ! ^^v


Ouh . sebelum aku terlupe. nak ucapkan congratz to mybestie Nurul Diana Mohd Zainuddin yang telah bertunang pada 23hb Januari 2012.  Dah bertunang dah ko kan. Macam tak percaya lah . Anyway, im so hepy for you ! Sory lah tak dapat join. 


bile lah status aku akan berubah pulak ye.. 


Huhu. hari ni , aku try masak. wakakaka. malu je. Umur dah 23 tahun, baru nak blaja masak. Sebelum ni ade je aku masak. Spaghetti, Lasagna, Maggi, Telur Goreng, Air Masak. Okay. Enaf. Aku tak pandai masak. Itu Kenyataan nye. Tapi hari ni aku nak sangat makan telur bungkus, so, aku cari resepi then.. masak !



sekali pandang aku tengok macam roti canai plak ~


Haaa. dengan beraninye aku mengisyhtiharkan aku berjaya masak inti nye sahaja. Memang sedap. Sebijik macam kat restoran. Mak aku pon akui kesedapannye. Tapi, Time nak bungkus telur tu,  mak aku je yang buat,  tapi takpelah aku tulung jugak lah bungkus sikit-sikit. Bajet ko howt lah kan . baru buat telur bungkus nak heboh kat masyarakat. Orang lain masak lagi lah. Mee Kari, Ayam Goreng Berempah, Gulai Ketam, Claypot tak de pon heran kan. Apekan daya. Aku baru je nak try masak sikit2 tahun ni. So, terima je lah ye. wikwikwikkk ~ Asalnye nak buat dengan tomyam sekali. Tapi, barangnye tak cukup plak. 

Huhu, entry sebelum ni aku ade cerita masalah tayar kereta aku. tapi alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH. aku mempunyai wang yang cukup (walaupon hutang mak aku RM 400) untuk tukar tayar+rim . Hehehe. nak jugak ko kepoh kat masyarakat kan . isyh. isyh. isyh. Tak kesah lah. Ini blog aku.. 


kereta aku tengah operate . uhuk2.


hasilnye.. tadaa... ^^v

demimu wahai keretaku. aku sanggopp mengeluarkan duit simpanan untuk beli henfon semata-mata untukmu memandangkan kau banyak melakukan kebaikan terhadapku. wink ! i love you so much ! :P


Read more...