Showing posts with label Life.Laugh. Love. Show all posts
Showing posts with label Life.Laugh. Love. Show all posts

Sunday, 13 May 2012

Mother's Day

Assalamualaikum.

Mother' Day? Mother's pon ada day ek? But, i think everyday is our mother's day . Cukup . Broken english ! Fail . Bila lah aku nak pandai English ni. Anyway, selama ni hanya aku dan mak aku yang wujud dalam rumah . Walaupun dua orang, tapi serius ! Aku tak pernah rase rumah aku sunyi. Kadang-kadang kitorang bergurau tahap Extreme HardcoRe , kadang-kadang berborak gelak-gelak macam ada sepuluh orang dalam rumah. Tapi kadang-kadang kitorang bergaduh. kadang-kadang kecoh siap ade bunyi aku meraung (menangis kuat-kuat sebab merajuk dengan mak aku). Cume senyap bila mak aku merajuk dengan aku atau pun kitorang tido. Cuma yang aku terharunya, tak pernah sangka dengan kehadiran saudara mara aku boleh membuatkan hidup aku seperti satu keluarga yang besar. Alhamdulillah. 

Tapi, pada 12 Mei hari tu, aku memang rase happy sangat sebab sepupu aku  plan nak buat gathering untuk sambut Mother's Day dengan buat collection sorang sikit. Memang meriah kot hari tu. Ada laksa, nasi impit dengan kuah kacang, rendang ayam, sup tulang, sum-sum dan paling special adalah Kek Red Velvet dan Kek Rainbow yang  memang best !! 

 Red Velvet
 Rainbow Cake
 Laksa Busu yang KAW ! nasi impit + Kuah Kacang mak aku yang OHSEM, 
Sup tulang, rendang ayam dll
 yummmyyy

 abaikan paha sepupu aku itu !

memang terbaik, kitorang buat potluck, dan makan tanpa henti hari tu. Tambah pulak dengan kehadiran dan teletah anak buah aku yang sangat comel macam makcik-makcik dia yang gojes. (ada kene mengena ke ?) 

Untuk gift plak, sepupu aku yang pramugari belikan beg harrod yang dibeli masa dia ke London. Beg ni, aku pernah tengok fatin liyana yang ohsem tu pakai mase pergi trip ke Singapore . Murah je gift kitorang, jadi lah kan. collection pon bukan banyak.




 ciuman daripada nek busu 
 mak aku yang cantik 

hihi, aqa mengintai. comel sungguh anak buah aku yang sorang ni


So, baru aku sedar. sebenarnya hidup aku tidaklah sesunyi mana. aku ada family / saudara yang sporting, ohsem, gojes dan terbaik. yang kita boleh sharing kegembiraan, kesedihan dan sebagainya. I love all of them   dan paling aku sayang adalah mak aku . dia yang sabar dengan kerenah aku yang degil , kuat melawan ni. Beruntung sungguh aku dengan adanya mereka dalam hati aku. Dan tak sabar sangat nak tunggu anak buah aku lagi sorang yang akan keluar dalam  bulan Jun or Julai ni. I love all of you !!



p/s : actually aku baru tahu Mother's Day ni tak leh sambut. sebab itu adalah sambutan hari kristian . so, mungkin ini la last kot buat. hehe. pehni tak mau buat ah. 




Read more...

Friday, 20 April 2012

Hypophrenia

Assalamualaikum .

Sejak kebelakangan ni, aku kerap membazirkan air mata aku. Aku pun tak tahu apa yang melanda diri aku sebenarnya. Tiba-tiba aku menjadi seorang yang sangat lembik . Kuat nangis . WHY? . Aku sendiri tak sure . Ataupun aku mengalami masalah HYPOPHRENIA ? Apakah itu ? Blue hippo ke ? Bukan. Bukan. Bukan. Ia adalah :-



Sedih tak bersebab ke aku ni? Entah. 18hb April 2012 adalah tarikh yang paling spoil . Pagi-pagi aku mengHADAP jem selama 2 jam. Aku bertolak dalam pukul 6.00 pagi . Sampai office dekat pukul 8 pagi. Nasib baik kereta aku auto. Itu pon dah lenguh-lenguh kaki lagi. Daripada muka pucat tak make up sampai boleh timbul gincu, eyeliner semua lah .  Aku siap telefon kawan-kawan aku lagi tanya kenapa jem teruk sangat. Rupa-rupanya ada accident. Okay fine.

Sampai ofis , macam  biasa, say hye dekat jiran sebelah. terasa dahaga, pergi beli air. Terserempak dengan besfren aku. Tapi dia macam lari-lari pulak dengan aku. Selalu bergurau senda . Hari sebelum tu pulak dia layan aku acuh tak acuh. Aku ada buat salah ke ? So, aku message dia : Sombong Skang . Ooo.
Tapi .. lain pulak jadinya.

Katanya dia tak boleh kawan aku lagi. Sebab nya peribadi untuk diceritakan di sini. Let it be as secret. Bayangkan. Kawan baik selama 4 tahun, berkongsi masalah, selalu bergurau. Tiba-tiba tak mahu kawan lagi. Memang sedih la kot. Selama ni, dia la banyak mengajar aku pasal sikap manusia, kehidupan, pengalaman hidup. Dia lah tempat aku bergantung kalau ada masalah. Memang aku terasa sangat kehilangan dia. Memang aku akui. aku sayang sangat dengan persahabatan ni. Tapi, mungkin betul. Dah tiba masanya dia lepaskan aku dengan kehidupan yang sebanar. Aku tak boleh lagi bergantung dengan dia. Sampai bila?



Tapi kehilangan dia tu memang sangat dirasai. Sepanjang aku berkawan, aku tak pernah rase sesedih ni. Mungkin macam yang aku cakap. Aku sayangkan persahabatan ni. Tapi aku hormat dan akur dengan permintaan dia. Untuk membersihkan namaaku dan dia. Mungkin ada hikmahnya. Aku yakin.



Aku akan cuba sedaya upaya menceriakan hati untuk beberapa minggu ni. Walaupun, aku terasa lagi kehilangan dia. Aku akan sentiasa tersenyum  dan berlakon seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Insyaallah. Aku boleh lalui semua ni. 

Aku doakan segala kebaikan yang dia dah buat akan dibalas oleh Allah. Aminn. 

p/s : berdebar rasa nak tanggung kerja cc minggu depan. HWAITING !
      : Alhamdulillah, ujian KPSL ditangguhkan.



















Read more...

Sunday, 15 April 2012

Happy Belated Birthday You ~

Assalamualaikum.

Wuah. seronok plak baca blog Fatin Liyana pasal entry ke Korea. Pergh . Sebagai peminat KPOP , memang aku teruja sangat baca entry dia. Untung lah dia dapat menapak ke sana.  Aku ni tak tahu lagi la bila dapat tercapai. Mesti seronok kalau dapat jumpe  Running Man and The Gangs , Big Bang, Lee Hong Ki, 2AM , Lee Hyori . Dapat jumpa pon dalam tv je lah. Kalo nak lagi real, beli tv 3D . Itu pun belum tentu mampu aku beli . Insyaallah. Kalau ada rezeki .

Anyway, aku ada tempah bantal you olls. Bukan bantal biasa . Aku tempah dekat kawan ofis aku : blog dia --> Eenaartcorner . Nak bagi hadiah la dekat Mohd Izwan . Birthday dia hari tu aku macam tak tahu nak bagi apa. Aku belanja dia makan je. Tapi, bila aku tengok blog kawan aku ni, tercetus lah idea aku dengan secara tiba-tiba .

Mohd Izwan ni adalah peminat tegar + fanatik terlampau Arsenal. Perangai dia memang sukar untuk dibendung sehingga melampaui batas kesabaran aku . So, aku fikir, aku nak bagi la bantal yang berlatarkan Arsenal . Mula-mula aku meragui kemampuan kawan aku ni . Takut lah permintaan aku ni melampaui batas . Akhirnya ini lah hasilnya :-


Mungkin ramai ingat arsenal ni jersi warne merah dan putih sahaja. Actually ade dua warne ye you olls :- 



So, aku amik warne yang kiri tu . Macam smart sikit . Memang aku tabik la kat Kak Ina . Cayalah . Logo ni pon logo yang terbaru . Logo lama dia bentuk lain. See ? Aku pun dah pandai pasal Arsenal ni. Mohd Izwan lah yang banyak mengajar aku . Aku tak minat pon dia tonyoh2 jugak ilmu Arsenal dia dalam kepala aku. Dasyat sungguh dia.

Mohd Izwan ni plak jenis banyak komplen. (sorry you ..) Aku risau jugak la dengan dia. Kalau aku bagi, dia banyak komplen memang merajuk + menangis lah. Tapi nasib baik lah dia tersengih macam kambing gurun . (sory again ...)


-kebetulan pakai jersi arsenal-


Anyway, thanks again Kak Ina. Nanti i tempah lagi tau you .  Tunggu baby boy keluar dari perut Cousin I eh . Esok aku jadi tray girl untuk Majlis APEL.

Ape itu APEL ? 



Maksudnya, kalau kita ni hanya ada kelayakan SPM, itu tidak bermakna tahap kita akan sampai ke situ sahaja, Dengan wujudnya APEL ini, semua orang boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Aku pun tidak beberapa faham lagi. APEL pon baru sahaja dilancarkan. Mungkin akan keluar dalam news atau dalam berita kut esuk. (hope nampak lah muka aku sikit)



Takpe. Nanti kalau aku dah faham aku explain lagi ya. Aku ni baru jadi tray girl atas pentas. Tapi excited terlebih . Lagak dan gaya mengalahkan penerima APEL esok. Haha. Who care's ? Tapi tak silap aku, diorang tukar tray tu jadi troli. Omaga ! Bukan tray girl dah la macam tu. Troli girl lah. Dan harapan aku untuk muncul dalam newspaper dan tv amatlah tipis memndangkan aku hanya lah di pinggiran. Its ok. First experience jadi tray girl u ollss .


aku pakai sekejap je kasut ni  tadi dah penat. Macam mana la esok ?


Aku pon tak tahu kenapa aku sangat teruja . Mungkin pengalaman pertama aku dilantik . Walaupon berperanan kecil di atas pentas, tapi excited nya MasyaAllah. Malu ibu yang melahirkan aku tengok perangai aku.

sedikit sebanyak kepoyoan dan kegedikan aku :-


Gedik sungguh. Of kos !

KBAI .

















Read more...