Assalamualaikum.
Hye Peeps ! baru-baru ni penjawat awam digembar-gemburkan dengan cerita pasal pertukaran Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) . aku pon bukan familiar sangat dengan SSM ni. aku dapat kerja je aku bukan kesah pon dengan sistem SSM ke M&M ke apa2 yang M lah . Maklumlah masa tu umur aku baru 19 tahun. tapi sejak 2 tahun lepas baru lah aku ada dengar pasal SSM ni. tiba-tiba lak aku dengar nak tukar kepada SBPA . Yang aku paling jelas sekali of kos lah pasal GAJI. Kenaikan GAJI . terus buntang bijik mata aku . Tapi aku dengar ramai penjawat awam yang tidak berpuas hati. katanya gaji orang yang berjawatan tinggi naik mendadak-dadak, bagi orang yang berjawatan seperti aku ni katanya naik sikit. Hmm. kalau kite tengok memang lah. mase aku mula-mula dengar taklimat SBPA tu pon aku macam tengok kenaikan gaji N17 memang sikit lah nak dibandingkan dengan orang yang berjawatan lebih tinggi daripada aku. Tapi disebabkan aku masih mentah dalam Perkhidmatan Awam ni, aku fikir waktu tu dapat naik gaji pon dah cukup okay lah. Tapi mungkin pandangan aku berbeza dengan orang lain . memandangkan aku masih bujang, tak ade tanggungan, tak cukup duit aku pinjam kat mak aku. kadang-kadang aku buat-buat terlupa nak bayar balik. kalau aku dah ade tanggungan, anak lima orang berderet-deret , masing-masing nangis mintak susu, pampers lagi , nursery lagi, minyak keta, makan, barang dapur lagi mesti aku merungut jugak kan ?Tapi entry aku ni bukan nak kutuk pasal SBPAatau SSM, cuma aku ada terbaca dekat http://cuepacs.blogspot.com . Tajuk nye :
CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700 - RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54
Antara isi kandungannya adalah Cuepacs menuntut kerjaan memberi kenaikan gaji antara RM 700 hingga RM 2500 untuk Gred 1-54. Dan mereka minta kenaikan gaji tu dilaksanakan dahulu menerusi SSM yang sedia ada ni. Selain itu, Cuepacs juga minta agar mereka yang dah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Aras 4 sebelum Disember 2011 diberikan kenaikan gaji, Yelah. betul jugak dorang bersusah payah study sungguh-sungguh sampai lulus, tapi habuan dia tak ade pon kan ? Cuepacs turut memberikan pandangan sekiranya tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA tu disalurkan kepada gred bawahan.
Aku rasa lah, niat cuepacs untuk membela nasib penjawat awam yang gred rendah macam aku ni sangat baik tapi mesti ramai gred yang berjawatan tinggi tak puas hati punya. Antara statement yang pernah aku terima : Memang patutlah kitorang punya gaji kene naik banyak. Kitorang ada Master, PHd penat2 kitorang study nak lah gaji naik banyak. Korang setakat SPM je okay sangat lah tu. Susah kan nak puaskan hati semua orang ? Ape-ape pon aku tak sabar sangat nak tunggu kenaikan gaji ni !
End.
End.

No comments:
Post a Comment