Sunday, 15 April 2012

Happy Belated Birthday You ~

Assalamualaikum.


Wuah. seronok plak baca blog Fatin Liyana pasal entry ke Korea. Pergh . Sebagai peminat KPOP , memang aku teruja sangat baca entry dia. Untung lah dia dapat menapak ke sana.  Aku ni tak tahu lagi la bila dapat tercapai. Mesti seronok kalau dapat jumpe  Running Man and The Gangs , Big Bang, Lee Hong Ki, 2AM , Lee Hyori . Dapat jumpa pon dalam tv je lah. Kalo nak lagi real, beli tv 3D . Itu pun belum tentu mampu aku beli . Insyaallah. Kalau ada rezeki .

Anyway, aku ada tempah bantal you olls. Bukan bantal biasa . Aku tempah dekat kawan ofis aku : blog dia --> Eenaartcorner . Nak bagi hadiah la dekat Mohd Izwan . Birthday dia hari tu aku macam tak tahu nak bagi apa. Aku belanja dia makan je. Tapi, bila aku tengok blog kawan aku ni, tercetus lah idea aku dengan secara tiba-tiba .

Mohd Izwan ni adalah peminat tegar + fanatik terlampau Arsenal. Perangai dia memang sukar untuk dibendung sehingga melampaui batas kesabaran aku . So, aku fikir, aku nak bagi la bantal yang berlatarkan Arsenal . Mula-mula aku meragui kemampuan kawan aku ni . Takut lah permintaan aku ni melampaui batas . Akhirnya ini lah hasilnya :-


Mungkin ramai ingat arsenal ni jersi warne merah dan putih sahaja. Actually ade dua warne ye you olls :- 



So, aku amik warne yang kiri tu . Macam smart sikit . Memang aku tabik la kat Kak Ina . Cayalah . Logo ni pon logo yang terbaru . Logo lama dia bentuk lain. See ? Aku pun dah pandai pasal Arsenal ni. Mohd Izwan lah yang banyak mengajar aku . Aku tak minat pon dia tonyoh2 jugak ilmu Arsenal dia dalam kepala aku. Dasyat sungguh dia.

Mohd Izwan ni plak jenis banyak komplen. (sorry you ..) Aku risau jugak la dengan dia. Kalau aku bagi, dia banyak komplen memang merajuk + menangis lah. Tapi nasib baik lah dia tersengih macam kambing gurun . (sory again ...)


-kebetulan pakai jersi arsenal-


Anyway, thanks again Kak Ina. Nanti i tempah lagi tau you .  Tunggu baby boy keluar dari perut Cousin I eh . Esok aku jadi tray girl untuk Majlis APEL.

Ape itu APEL ? 



Maksudnya, kalau kita ni hanya ada kelayakan SPM, itu tidak bermakna tahap kita akan sampai ke situ sahaja, Dengan wujudnya APEL ini, semua orang boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Aku pun tidak beberapa faham lagi. APEL pon baru sahaja dilancarkan. Mungkin akan keluar dalam news atau dalam berita kut esuk. (hope nampak lah muka aku sikit)



Takpe. Nanti kalau aku dah faham aku explain lagi ya. Aku ni baru jadi tray girl atas pentas. Tapi excited terlebih . Lagak dan gaya mengalahkan penerima APEL esok. Haha. Who care's ? Tapi tak silap aku, diorang tukar tray tu jadi troli. Omaga ! Bukan tray girl dah la macam tu. Troli girl lah. Dan harapan aku untuk muncul dalam newspaper dan tv amatlah tipis memndangkan aku hanya lah di pinggiran. Its ok. First experience jadi tray girl u ollss .


aku pakai sekejap je kasut ni  tadi dah penat. Macam mana la esok ?


Aku pon tak tahu kenapa aku sangat teruja . Mungkin pengalaman pertama aku dilantik . Walaupon berperanan kecil di atas pentas, tapi excited nya MasyaAllah. Malu ibu yang melahirkan aku tengok perangai aku.

sedikit sebanyak kepoyoan dan kegedikan aku :-


Gedik sungguh. Of kos !

KBAI .
















No comments:

Post a Comment